Berita

Imbangi urusan tugas dengan nilai kemanusiaan

Dalam konteks perlaksanaan tugas dan tanggungjawab tidak kira di peringkat apa sekalipun bagi sesebuah organisasi, sesungguhnya ia memerlukan aspek kepimpinan yang terbaik. Dalam erti kata lain, kepimpinan diistilahkan sebagai “the ability of a leader to influence his followers towards achieving the objectives and goals of the organisation”. Kebolehan ini bukan hanya bergantung kepada pendekatan ‘carrot and stick’ semata-mata, tetapi yang lebih penting lagi ialah kebolehan dalam menjalin hubungan baik sesama manusia. Justeru, setiap ketua perlu mempunyai kemahiran dan motivasi dalam memberi fokus kepada unsur-unsur tugasan dan diimbangi unsur-unsur kemanusiaan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘Kayuhan MAIPs Peduli’ di sekitar Kg Alor Redis dekat Kangar baru-baru ini.

Sempena program kali ini baginda berkenan singgah menziarahi dan menyantuni beberapa rumah asnaf terpilih dan menyampaikan sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada keluarga Khairul Hazmi Abu Bakar 35, Zaaba Abdul Rahim 60 dan Abdul Rahman Mohamed 79 dengan masing-masing menerima RM700, satu kotak ‘Kit MAIPs Peduli’ berisi bahan makanan mentah, beras semuanya daripada MAIPs dan juga pelitup separuh muka daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button