Berita

Najib bersyukur Guan Eng selamat sampai ke SPRM pagi ini

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kesyukuran kerana bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng selamat sampai ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi ini.

Semalam Ahli Parlimen Bagan itu menghadapi kesukaran untuk pergi ke ibu pejabat SPRM apabila tayar kenderaan yang dinaikinya pancit di tengah jalan.

Insiden tersebut menyebabkan Guan Eng terlewat sampai tiga jam daripada masa yang dijanjikan.

“Syukur! Doa saya bagi Guan Eng semalam terjawab! Guan Eng selamat tiba di SPRM pagi ini tanpa tayar pancit lagi,” kata Najib.

Guan Eng hadir buat kali ketiga ke ibu pejabatn SPRM di Putrajaya bagi memberi kenyataan berhubung projek terowong dasar laut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu tiba di SPRM pada jam 10.42 pagi tadi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Pertama kali Guan Eng Rabu hadir ke SPRM sebagai saksi bagi membantu siasatan kes projek terowong dasar laut kerajaan Pulau Pinang pada Rabu lalu.

Beliau sekali lagi datang ke SPRM semalam bagi menyambung keterangan.

Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa Exco dan bekas Exco kerajaan Pulau Pinang dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.-SM

(Visited 193 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button