AgamaNegeri

Sultan Ibrahim titah jarak fizikal solat jemaah dipendekkan

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan mulai Jumaat ini, jarak fizikal jemaah dipendekkan kepada setengah meter bagi solat fardu dan Jumaat.

Dalam satu kenyataan di media sosial Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, dalam tempoh fasa empat pelan pemulihan negara (PPN), program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah serta ceramah agama ditambah daripada satu jam kepada tempoh tidak melebihi dua jam.

“Solat Hajat hendaklah dilaksanakan selepas waktu Maghrib setiap hari dan selepas Jumaat setiap minggu di seluruh masjid serta surau di negeri ini untuk memohon dijauhkan daripada musibah melanda negeri dan negara ini” menurut kenyataan tersebut.

Titah baginda lagi, ahli jawatankuasa masjid dan surau hendaklah sentiasa memastikan jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perubahan yang berkuatkuasa pada 7 Januari ini sehinggalah ke satu tarikh yang akan diumumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ),” kata kenyataan itu.

Pada November tahun lepas, Kerajaan Negeri Johor membentangkan cadangan SOP bagi membolehkan solat jemaah di masjid dan surau negeri ini dilakukan tanpa penjarakan sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor,
Tosrin Jarvanthi dipetik berkata, kertas cadangan itu dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim bagi mendapatkan perkenan baginda.

Beliau berkata, ramai dalam kalangan masyarakat Islam di Johor menimbulkan persoalan bilakah solat jemaah di masjid dan surau di negeri ini dapat kembali seperti dahulu tanpa penjarakan sosial selepas Johor memasuki fasa empat PPN. – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button