Hiburan

Sudahlah lah Nabila, selalu sangat buat gimik sampai nak percaya pun malas-Netizen

PENYANYI Nabila Razali sekali bertindak untuk memadam kesemua gambarnya di Instagram dan menggantikan gambar terbaru yang memperlihatkan dia dalam busana pengantin bersama seorang jejaka mirip Penyanyi Rap terkenal iaitu MK.

Menerusi InstaStory, Nabila memuat naik gambar dirinya memegang jambagan bungga serta suasana majlis yang berada di tepi pantai malah terdapat banner “Welcome to wedding Nabila Razali & MK”.

Sekali gus, platun lagu Peluang Kedua itu terus menjadi tanya para pengikutnya kerana Nabila menutup ruangan komen di akaun media social miliknya.

Secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh Nabila dan MK.

Namun melihat ke ruangan Instagram milik MK, tiada update apa-apa berkenaan isu tersebut bersama Nabila, malah MK terus menjalani pengembaraannya seperti biasa.

Dengan ini secara jelas, bahawa Nabila melakukan ini hanya kerana gimik bersempena single terbarunya akan datang untuk mempromosikan lagu atau drama terbarunya.

Rata-rata netizen juga terkejut mendengar berita bahawa Nabila sudah berkahwin, malah ada juga segelintir mereka yang menganggap penyanyi itu hanya melakukan gimik.

Menurut seorang pengguna Facebook, Adam Ahmad , dia antara yang menyangka Nabila benar-benar berkahwin dengan MK.

“Ingat tadi betul-betul sudah nikah dengan si cumi-cumi ini, tapi kalau jodoh dia dengan MK apa salahnya, aku tengok sepadan je”, tulisnya.

Kata Myraa Joehari pula, penyanyi Nabila cukup terkenal dengan gimiknya apabila ingin mengeluarkan lagu terbaru.

“Bukan Nabila Razali lah kalau tak buat gimik macam mini sebelum keluar MV2 dia,salah satu marketing yang sudah boleh baca, dia Cuma berlakon je guys”, tegasnya. -SM.

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button