Hiburan

Layak ke Cliff Umar? kenapa bukan Noraniza Idris atau Muss?

BAGI yang mengikuti program realiti Gegar Vaganza musim ke tujuh semalam, pasti sudah tahu yang Cliff Umar bergelar juara.

Sebenarnya keputusan itu sesuatu yang sangat mengejutkan. Kalau diikutkan, nama Cliff Umar memang tiada dalam jangkaan untuk bergelar juara.

Cliff Umar pada minggu sebelumnya berada di tangga terakhir dan nyaris tersingkir. Tiba-tiba pada malam akhir pertandingan, dia menjadi juara.

Memang terkejutlah dengan keputusan tersebut. Ibaratnya kalau dalam perlumbaan motosikal, Cliff potong semua peserta pilihan di selekoh yang terakhir.


Persembahan Cliff  menerusi lagu I’do Anything For Love dan Nakal pada malam tersebut tidak dinafikan memang cukup baik.

Cuma ada yang kata vokalis kumpulan Projek Pistol itu bernasib baik kerana dia mendapat dua buah lagu yang betul-betul makanannya.

Malah, persembahan Cliff juga jika dinilai menerusi minggu-minggu sebelum ini juga tidak begitu konsisten. Tapi dia memberikan yang sepenuhnya di minggu akhir.

Berbanding dengan Muss yang menduduki tempat kedua, Muss membawa lagu Mencintaimu dan Mentari Di Ufuk Timur.

Muss memang kelihatan tidak selesa dengan lagu Mencintaimu tetapi dia berjaya membawanya dengan baik terutamanya menerusi lagu kedua Mentari Di Ufuk Timur.

Tapi Muss bernasib baik kerana mendapat nombor dua kerana perbezaan markahnya dengan Ayu Damit hanya sebanyak 0.06 peratus sahaja.

Persembahan Ayu pada malam semalam juga boleh dipuji dan berjaya membawa lagu Bukan Aku Tapi Dia dan Memori Tercipta dengan baik.

Apa yang penting, persembahan Ayu telah menewaskan Noraniza yang sejak dari awal GV lagi sudah diramal menjadi juara.

Noraniza yang juga digelar ratu irama malaysia ternyata gagal dan sekadar menduduki tempat keempat sahaja.

Persoalannya kini, adakah program GV akan menjatuhkan penghormatan yang diberikan kepada Noraniza sebelum ini?

Adakah Noraniza yang gagal mendapat juara dalam program tersebut akan melenyapkan terus namanya sebagai antara penyanyi lagenda yang dikagumi sebelum ini?

Atau mampukah Cliff yang menjuarai program tersebut melebarkan kembali sayapnya selepas gagal menyinar bersama Projek Pistol sebelum ini? -SM

Berikut ialah markah penuh bagi kesemua peserta:

  1. Juara – Cliff Umar (71.42 peratus)
  2. Naib Juara – Muss (67.51 peratus)
  3. Ketiga – Ayu Damit (67.45 peratus)
  4. Keempat – Noraniza Idris (64.23 peratus)
  5. Kelima – Linda Nanuwil (63.28 peratus)
  6. Keenam – Oja (61.7 peratus)
  7. Ketujuh – Ashira (60.9 peratus)
(Visited 892 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button