Hiburan

Mawar Rashid, Raf Yaakob timang cahaya mata perempuan

PELAKON, Mawar Rashid selamat melahirkan anak kedua di sebuah hospital swasta di ibu negara pagi semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh suami Mawar, Raf YaakoB menerusi satu status di akaun Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah. Bayi perempuan kami telah pun selamat dilahirkan. Kedua-duanya berada dalam keadaan yang baik.

“Proses kelahiran pun berjalan dengan lancar. Saya cukup berbangga dengan Mawar,” katanya.

Turut berkongsi khabar gembira itu adalah abang Raf, Datuk Fazley Yaakob di Instagram.

Sebelum ini, Mawar dan Raf dikurniakan anak lelaki, Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun.

Mawar memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. -SM

(Visited 552 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button