Politik

Pas tidak mahu dilibatkan dalam polemik politik perpecahan

PAS tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan.

Parti itu menurut Ketua Perangannya Datuk Takiyuddin Hasan berkata, sebarang polemik politik akan mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat.

Jelas beliau, sebagai sebuah parti politik utama negara berprinsipkan Islam Pas tegas berpandangan aspek perpaduan amat penting dalam proses bina negara demi kepentingan rakyatnya.

Justeru Pas bertekad memperkasakan Gagasan Muafakat Nasional di samping mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional.

“Selepas bersama memimpin ke arah perpaduan ummah melalui Muafakat Nasional, dikuti menyelamatkan negara melalui persefahaman menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional, PAS berpandangan semua pihak perlu
komited, jujur dan bertanggungjawab dalam menguruskan pemerintahan dan pentadbiran negara terutama di zaman dunia umumnya berada dalam keadaan yang amat sukar.

“Pas tidak mahu terlibat mahupun dilibatkan dalam sebarang polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan yang sekaligus mengundang kepada ketidakstabilan, ancaman terhadap keamanan dan kehidupan
ekonomi rakyat,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan ringkas.

Tanpa menyebut nama mana-mana parti politik atau pemimpinnya, Takiyuddin berkata, Pas meminta rakan-rakan politik terutama di pihak kerajaan agar terus berlapang dada.

Mereka juga diminta untuk bertolak ansur serta mengambil iktibar dari peristiwa lampau demi maslahat rakyat yang memerlukan kepimpinan yang baik dan berintegriti.

“PAS amat percaya hanya perpaduan yang sejati dan ikhlas sahaja mampu membawa kepada pembinaan negara yang harmoni, maju, bersatu padu serta saling menerima dan hormat menghormati di antara rakyat pelbagai
kaum, agama, adat resam dan budaya di negara kita yang tercinta ini,” kata Takiyuddin.

Ketika ini dua parti dalam Perikatan Nasional iaitu UMNO dan PPBM menunjukkan sikap saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Antaranya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajid Dusuki semalam memberi amaran agar PPBM tidak membeli ahli-ahli UMNO untuk menyertai PPBM.

Sebagai balasan Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut.

Pas tersepit dalam pertelingkahan kedua-dua parti tersebut kerana Pas mempunyai kerajasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional dan menjadi komponen bersama PPBM dalam Perikatan Nasional.-SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik link ini.

 

 

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button