Nasional

Ibu bapa sanggup menipu asalkan anak diterima masuk MRSM

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM. Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain.”

Itu catatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di akaun Facebook miliknya.

Asyraf menegur tindakan segelintir individu yang menipu pendapatan untuk dikategorikan dalam golongan B40 supaya anak mereka diterima memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu berkata, tindakan seumpama itu memberi kesan kepada pelajar miskin lain yang hak mereka telah diambil.

Asyraf menegur tindakan segelintir individu yang menipu pendapatan untuk dikategorikan dalam golongan B40 supaya anak mereka diterima memasuki MRSM.

Pengerusi Mara itu turut berkata, tindakan seumpama itu memberi kesan kepada pelajar miskin lain yang hak mereka telah diambil.

Walau pun tiada dasar menyatakan hanya pelajar miskin boleh memasuki MRSM, Mara memberi keutamaan kepada anak anak daripada golongan berpendapatan rendah dalam pengambilan pelajarnya.

Dasar agensi itu menetapkan kuota 60% pelajar MRSM adalah dalam kalangan B40 manakala selebihnya, mereka yang layak iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) daripada kalangan M40 dan T20.

Institusi pendidikan itu ditubuhkan untuk melahirkan generasi pelajar holistik di kalangan Bumiputera yang cemerlang dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pada masa sama, MRSM menerapkan keperibadian yang seimbang berteraskan nilai, adab serta akhlak Islam. – SM

BACA Kes buli MRSM Kuantan: KPLB serah kepada polis siasat

BACA Cadangan MRSM berbayar bagi yang berkemampuan tidak libatkan peruntukan Kerajaan

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button