Nasional

23 kafetaria UPSI sediakan menu keluarga malaysia RM3.50

23 KAFETARIA yang berdaftar dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyambut baik usaha universiti menyediakan Menu Keluarga Malaysia pada harga RM3.50 per hidangan demi kebajikan lebih 14,000 mahasiswa yang kebanyakannya golongan B40.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata
Inisiatif Food Basket Siswa Malaysia itu memberi pilihan kepada mereka dalam keadaan menu makanan yang tetap berkualiti pada harga yang rendah.

23 KAFETARIA UPSI SEDIAKAN MENU KELUARGA MALAYSIA RM3.50

Sebelum ini, katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), melalui Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad pada 12 Julai melancarkan inisiatif menyelaras dan melaksana dasar, memantau kawalan harga barang dan perkhidmatan serta membentuk jaringan kolaborasi dengan pihak berkepentingan secara holistik.

Beliau berkata dengan inisiatif bantuan itu pelajar kini boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran tanpa memikirkan perbelanjaan membeli makanan.

Dr Norkhalid ( kiri) bersama pemilik Ewan Kafe , Ade Idriani melihat Menu Keluarga Malaysia.

“Kami aktifkan UPSI Kami Prihatin untuk bantu mereka yang datang dari keluarga susah, malah ada pensyarah dan kakitangan yang mengambil pelajar sebagai anak angkat, bagi duit belanja dan membantu membiayai pengajian mereka”.

Ketika bertemu 23 pengusaha Kafeteria UPSI Di Kampus Sultan Azlan Shah hari ini, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin menjelaskan penyediaan menu berkualiti pada harga minimum ini adalah usaha yang mencabar dalam situasi kenaikan harga bahan mentah di pasaran, namun usaha ini penting bagi membantu pelajar-pelajar kita meneruskan perjalanan hidup sebagai pelajar dengan lebih fokus

Exco Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) bersama Dr Norkhalid (kanan) meninjau beberapa kafetaria di Kolej Harun Aminurrashid, Kampus Sultan Azlan Shah.

Menurut Norkhalid lagi, usaha sinergi dilaksanakan secara menyeluruh bersama pengusaha kafetaria di mana universiti akan menyelaraskan kerjasama perolehan bahan-bahan mentah secara pukal bagi membantu pengusaha gerai mendapatkan harga bahan mentah dengan harga yang munasabah. Inisiatif ini juga penting bagi memastikan dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan berterusan dalam memberi manfaat kepada pelajar.

Selain itu UPSI turut melaksanakan program-program berfokus kepada usaha meringankan bebanan sara hidup pelajar melalui agihan kepada 150 pelajar yang layak daripada Dana Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia (YKS) bagi inisiatif food@campus dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM30,000.00 disalurkan terus ke akaun bank pelajar.

Dr Norkhalid( kanan) bersama seorang pengusaha kafetaria Nasi Kukus Intan, Rosman Noodin Saafai di Pusat Islam , Kampus Sultan Azlan Shah.

Katanya, Inisiatif Foodbank Siswa UPSI juga menerima sumbangan daripada Sekretariat Foodbank Malaysia, NGO, Kerajaan Negeri dan UPSI dalam bentuk makanan kering dan program ini masih aktif melaksanakan agihan di lima lokasi Foodbank di sekitar kampus.

Dr Norkhalid berkata Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah(WEZAS ) juga berterusan mambantu pelajar asnaf melalui bantuan sara hidup, biasiswa dan bantuan sedekah kepada pelajar yang layak.

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button