Nasional

Hukuman berat ke atas 31 warga PDRM terlibat Macau Scam

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan mengenakan hukuman berat terhadap 31 warganya yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, perkara itu sudah dibawa kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk proses menjatuhkan hukuman dan tindakan seterusnya.

Katanya, mereka disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam yang didalangi Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapkan siasatan dan diserahkan kepada SPP yang dipengerusikan Yang Berhormat Menteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin) sendiri.

“Ini kerana kesalahan itu kami anggap sesuatu yang amat serius atas kepentingan orang ramai. Jadi saya sebagai Ketua Polis Negara telah mengambil tindakan dengan membawanya ke peringkat atasan untuk diadili sebaik mungkin,” katanya.


Abdul Hamid berkata demikian pada sidang media Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Briged Utara PGA, Hulu Kinta hari ini.

(Visited 228 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button