Politik

PM nafi kerajaan layan Kelantan seperti ‘anak tiri’

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan ahli parlimen PAS Bachok Mohd Syahir Sulaiman bahawa Kelantan dilayan sebagai “anak tiri” oleh kerajaan persekutuan.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, komitmen kerajaan pusat terhadap kemajuan Kelantan terbukti melalui strategi peruntukannya.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, komitmen kerajaan pusat terhadap kemajuan Kelantan terbukti melalui strategi peruntukannya.

“Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan sekarang lebih banyak daripada PAS dan Bersatu berikan pada kerajaan terdahulu.

Walaupun dengan semua itu, dia mendakwa ‘anak tiri’?” soalnya selepas menyampaikan ucaptama pada Meja Bulat Asia-Pasifik ke-36 di sini Beliau turut menasihatkan Syahir sebagai pemimpin muda supaya lebih berani menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi pihaknya selain memberi cadangan penambahbaikan.

Pada Rabu, Syahir dalam sesi menjawab ketika berdebat secara langsung dengan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, punca utama Kelantan masih negeri miskin adalah kerana isu “federalisme”.

Syahir mendakwa, isu itu menyebabkan beberapa hak negeri Kelantan dinafikan termasuk pemberian royalti akibat perbezaan pentadbiran antara kerajaan pusat dan negeri.

Pada 2022, Kelantan merekodkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita hanya RM16,567, terendah di negara ini.

Sebagai perbandingan, purata negara ialah RM54,863. Awal minggu ini, Anwar menyeru pengundi di Kelantan membuat keputusan termaklum untuk mengubah kehidupan mereka dan anak-anak mereka ke arah yang lebih baik apabila mereka keluar mengundi pada 12 Ogos ini.-SM

Baca : Tiada kompromi terhadap penunggang agama Islam – Anwar Ibrahim

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button