Nasional

Banjir: Lima daerah di Sabah terjejas

JIKA situasi banjir yang melanda beberapa daerah di Johor semakin pulih, lima daerah di Sabah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Penampang, Keningau dan Tuaran dilanda banjir susulan hujan lebat sejak semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah memaklumkan, bencana alam itu menjejaskan 41 kampung.

Bagaimanapun setakat ini, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi iaitu di Kota Belud yang menempatkan 31 mangsa daripada 16 keluarga.

Sebanyak 19 Kampung terjejas di Kota Belud iaitu Kampung (Kg) Siasai Tamu, Kg Kota Belud, Kg Bobot, Kg Ejuk, Kg Menunggui, Kg Lebak Engad, Kg Serimbai, Kg Lingkodon dan Kg Dongoi.

Lain-lain kampung yang mengalami nasib yang sama ialah Kg Marajah, Kg Lebak Moyoh, Kg Sadok-Sadok, Kg Gunding, Kg Linau, Kg Karang Benai, Kg Taun Gusi, Kg Tanjung Pasir, Kg Labuan dan Kg Tanjung Wakap.

Menurut kenyataan itu lagi, beberapa kampung di Penampang, Keningau, Kota Marudu dan Tuaran juga dinaiki air namun tiada PPS dibuka setakat pagi ini.

“Pemantauan sedang dibuat di kawasan-kawasan panas di daerah-daerah berkenaan dan segala maklumat terkini akan disalurkan dari semasa ke semasa,” kata agensi itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Richard Jomiji ketika dihubungi BERNAMA berkata, beberapa jalan raya terjejas dan tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh susulan hujan lebat lebih tiga jam semalam.

“Kawasan yang terjejas teruk ialah di Km41 Jalan Keningau Kimanis yang mengalami kejadian tanah runtuh pada 6.30 petang semalam.

“Namun syarikat konsesi telah diarah menjalankan kerja-kerja pembersihan malam tadi dan kini jalan itu boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya. – SM

(Visited 450 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button