EkonomiPolitik

Dalam diri siswa perlu ada sifat MADANI-Saifuddin Nasution

PROGRAM Townhall Ikon Madani (IKON) adalah sebuah program inisiatif PRIHATIN yang berkonsepkan bual bicara.

Ia merupakan salah satu usaha untuk ‘Membentuk Siswa Madani’ yang menyasarkan pelajar-pelajar baharu dan bakal graduan di Institusi Pendidikan Tinggi.
Program ini berlangsung di UiTM Shah Alam, semalam yang mana, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran 2,000 pelajar Universiti Pertahanan Awam Nasional (UPNM) UiTM Shah Alam.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memberikan bantuan kepada pelajar terpilih

Program ini juga mampu mengangkat dan memperkasakan pendidikan ke suatu tahap yang lebih tinggi serta memberi maklumat kepada pelajar-pelajar untuk menentukan hala tuju mereka di institusi pendidikan tinggi..

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  yang hadir pada majlis tersebut menasihati para pelajar agar mengambil kepentingan amalan Madani dalam kehidupan agar lebih cakna dan peka untuk lebih maju di masa akan datang.

“Golongan belia pada masa kini harus lebih cakna dan peka untuk berdaya saing, untuk berjaya perlu ada sifat Madani dalam diri, kasih sayang tidak kira sesiapa sahaja kerana kita semua adalah bersaudara” katanya.

Di samping itu beliau turut memuji inisiatif PRIHATIN dalam membantu lebih 600 pelajar dalam kalangan keluarga asnaf dan B40.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama pelajar IPTA

Bantuan awal pendidikan diberi dalam bentuk wang tunai, komputer riba dan beg keperluan asas ke menara gading.

“Saya bangga dengan usaha PRIHATIN yang sentiasa turun padang membantu golongan memerlukan terutama para pelajar. Inilah contoh Madani yang ada dan perlu diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata, program INISIATIF ini untuk membentuk pelajar di IPTA ke arah jati diri siswa madani dan mempunyai pemikiran kelas pertama.

“IKON merupakan Program inisiatif dan projek khas yang dianjurkan Yayasan Prihatin Nasional bagi memfokuskan kepada perkongsian ilmu tokoh dan tokoh figura berjaya untuk dijadikan panduan dan pedoman ke arah membentuk jati diri siswa madani yang mempunyai daya tahan dan pemikiran kelas pertama.

“Selain itu, IKON adalah platform khidmat komuniti kepada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi untuk meringankan beban dan kos sara hidup melalui bantuan yang dibiayai oleh MAIWP termasuk bantuan tunai pendidikan, baucer buku, bantuan keperluan asas ke menara gading dan bantuan cermin mata percuma.

“Kita juga dapat melihat melalui kerjasama dengan setiap agensi di bawah Kerajaan Perpaduan amat diperlukan dalam meneruskan dan mencapai matlamat dan objektif Program IKON Madani ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ibrisam Abdul Rahman dan ramai lagi. – SM

 

Saifuddin Nasution dedah harga barang meningkat

Menteri Dalam Negeri ada kuasa – Anwar

Malaysia Madani: 100 hari penuh dendam

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button