Nasionalpilihan

Tiada kos baiki padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Pembaikan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak sewaktu konsert Kumpulan Coldplay Rabu lalu tidak melibatkan sebarang kos.

Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh berkata, syarikat yang menanam rumput jenis Zeon Zoysia turut menyediakan tapak semaian rumput jenis sama untuk digantikan apabila ada yang rosak.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan menampal rumput yang rosak kini giat dijalankan oleh pihak kontraktor sejurus selepas tamat konsert kumpulan rock British itu.

“Jangan risau Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan perlawanan nanti akan tersedia dalam keadaan padang yang elok.

“Tidak ada kos membaikpulih padang ini kerana ada tapak semaian rumput Zeon Zoysia yang ditanam berdekatan stadium.

“Memang penggunaan rumput itu datang bersama tapak semaian ingat dua perlawanan bola sepak terakhir rumput yang rosak kita tukar yang lain,” ujarnya kepada pemberita pada Programme for Train-the-Trainee for Clinical Directors and Helathy Athletes di sini hari ini.

Rabu lalu, kira-kira 85,000 peminat muzik membanjiri Stadium Nasional bersempena konsert Coldplay, sebuah kumpulan rock British menyebabkan sebahagian padang
dikatakan rosak.

Permukaan padang Stadium Nasional menjadi buah mulut orang ramai susulan keadaan yang tidak memuaskan ketika aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia
dan India, bulan lalu.

Hanna berkata, orang ramai yang memberi komen terhadap kerosakan padang di Stadium Nasional tidak mengetahui wujudnya tapak semaian rumput Zeon Zoysia.

“Kita boleh baikpulih rumput yang rosak dalam tempoh singkat kerana kontraktor hanya perlu menggantikannya dalam tempoh 72 jam dan ketika ini kerja-kerja merawat rumput giat dilaksanakan,” ujarnya.

Terdahulu pihak media melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd. Faidz Sanusi berkata, pihaknya memberi jaminan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu pada 8 Disember ini.

Menurutnya, susulan kerosakan yang berlaku selepas konsert Coldplay Rabu lalu, pihaknya akan melakukan kerja-kerja membaik pulih pada kadar segera seperti yang
dilakukan ketika final Pestabola Merdeka 2023 sebelum ini. – SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button