Politik

Vaksin pun tak boleh harap, cari alternatif – Marina Yusof

BEKAS ahli politik, Datuk Marina Yusof memberikan pandangannya berhubung pendemik Covid-19 yang masuk gelombang keempat melanda negara kita. Pandangan beliau berupa peribadi untuk perkongsian dengan pembaca SUARA MERDEKA.

DATUK MARINA YUSOF

Menurut beliau, sekarang sudah jelas bahawa Covid-19 adalah angkara manusia khianat untuk mengurangkan bilangan penduduk di dunia. Pada pandangan peribadi Marina lagi, ia adalah ‘biological warfare’.

Vaksin yang direka disifatkan secara peribadi oleh Marina, adalah rancangan segolongan yang tamak untuk memperkayakan diri mereka.

“Jelas juga bahawa vaksin tidak membawa manafaat kepada kita malah ramai juga yang kena penyakit ini selepas menerima suntikan,” tegas beliau.

Oleh kerana itu , soal Marina, kenapa kerajaan tidak berterus terang sahaja dengan rakyat ?


“Kenapa Kerajaan tidak menghentikan kegunaan vaksin yang dijual dari Barat? Mengapa terus  memaksa rakyat menerima suntikan vaksin?

“Selama ini KKM berjaya mengatasi mereka yang terjangkit atau dijangkiti virus ini. Kenapa tidak diteruskan tanpa vaksin?

“Yang kita kena kawal ialah jangkitan baharu dan yang penting, kita amalkan SOP. ‘Social distancing’ atau penjarakan sosial 2 meter itu penting, basuh tangan dan pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam atau tempat yang ramai orang,” kata Marina.

Tambah beliau, kenapakah kerajaan masih ‘mengejar’ vaksin yang tidak berguna ini kerana rakyat harus diberikan yang terbaik dan mahukan ketelusan.

“Saya harap mereka kaji dan berfikir semula serta segera menghentikan vaksin ini yang tidak memberi kesan seperti mana yang diuar-uarkan.

“Kita gunakan amalan biasa yang baik dan kita boleh beralih kepada alternatif penjagaan kesihatan dan menguatkan sistem imuninasi dalam badan.

“Kita boleh cuba makan herba-herba berkhasiat seperti Herbatul Sauda, daun kelo, bawang puteh dan halia, pengambilan supplement detox untuk menguatkan badan,” tambah beliau.

Marina berkata, beri kebebasan kepada kita semua untuk bergerak supaya minda dan badan sihat.

Jangan kawal pergerakan kita – ‘ invasion of privacy’ kerana kita kena rakam setiap pergerakan kita, kata beliau lagi.

Marina turut terpanggil untuk menyentuh isu pembukaan semula Parlimen agar Parlimen boleh bersidang.

“Kita pulangkan kuasa kepada rakyat. Kita nak tahu, gaji Menteri dikurangkan 50%. Itu pun lebih pada cukup!

“PM kata duit sudah berkurangan tetapi gaji mereka semua masih terlalu tinggi. Amalkanlah cara hidup yang sederhana dalam keadaan rakyat susah di luar sana,” kata Marina. – SM

(Visited 130 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button