Nasional

Isu perbekalan kapal tempur: Zahid sedia jadi saksi

BEKAS Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedia menjadi saksi berhubung isu kegagalan pembekalan enam Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) bernilai RM9 bilion.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, belau akan memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai apa-apa maklumat yang diperlukan mengenai isu tersebut.

“Ingin diperjelaskan bahawa LCS dibina oleh anak syarikat Boustead Holdings Bhd, iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) yang mana pemegang saham terbesarnya adalah LTAT menerusi Boustead Holdings Berhad.

“Saya sepenuh hati menyokong pendedahan PAC, dan semoga ketelusan siasatannya diketahui umum,” kata Ahmad Zahid.

Beliau menegaskan pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaan LCS harus bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.


Semalam, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, jawatankuasa itu akan memanggil bekas Ahmad Zahid awal bulan depan, bagi melengkapkan prosiding berhubung kegagalan pembekalan enam kapal LCS.

Kah Woh berkata PAC akan mempercepatkan prosiding berhubung isu bekalan kapal LCS dan membentangkan laporan ke Dewan Rakyat supaya suatu penyelesaian bersifat tuntas berupaya dilaksanakan kerajaan.

Selain itu, katanya, jawatankuasa berkenaan akan mengadakan lawatan tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak pada Januari depan.

“PAC meletak sasaran laporan prosiding isu bekalan enam kapal LCS generasi kedua ini akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat pada sidang Parlimen, Mac tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan BNS Sdn Bhd dilakukan secara rundingan terus dan sehingga Oktober lalu, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar, dan tidak ada sebuah kapal LCS siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS siap dibina setakat ini.

Isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/ Jabatan Persekutuan) dan Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), diterbitkan pada 2019.

Selain Ahmad Zahid turut dipanggil adalah bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek kapal LCS Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Antara yang sudah dipanggil ialah Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul, masing-masing pada 5 November serta 18 November lalu.-SM

 

(Visited 134 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button