Nasional

Hishammuddin tangguh lawatan ke Mesir, Kuwait, Qatar

Batal kehadiran Mesyuarat Khas Menteri Luar Negeri ASEAN-China

MENTERI Luar Datuk Seri Hishamudddin Tun Hussein membatalkan kehadiran ke Mesyuarat Khas Menteri Luar Negeri ASEAN-China di Chongqing, China yang dijadualkan berlangsung esok.

Serentak itu Hishammuddin turut menagguhkan lawatan kerja ke Mesir, Kuwait dan Qatar yang dijadualkan berlangsung sebaik sahaja Mesyuarat Khas Menteri Luar Negeri ASEAN-China selepasi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pembatalan tersebut dibuat berikutan Hishammuddin merupakan kontak rapat terhadap pesakit Covid-19.

Hishammuddin telahpun melakukan ujian calitan dan disahkan negatif. Bagaimanapun bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Hishammuddin membatalkan kehadiraannya.

“Berdasarkan peraturan kesihatan dan prosedur operasi standard (SOP), Menteri Luar Negeri dianggap sebagai kontak rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Walaupun Menteri Luar telah menjalani dua ujian PCR dan keputusan negatif – di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh KKM, Menteri Luar diminta untuk menjalani karantin wajib dan pengasingan diri,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Sementara itu Hishammuddin berkata, dia akur dengan arahan Kementerian Kesihatan untuk menjalani kuarantin wajib selaras dengan SOP yang telah ditetapkan.

“Saya telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19. Walaupun kedua-dua ujian PCR saya negatif, namun saya tetap akan jalani kuarantin wajib seperti diarahkan KKM,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengantikan tempat Hishammuddin selaku ketua delegasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Menteri Luar Negeri ASEAN-China.
Hishammuddin akan menetapkan tarikh baharu lawatan kerja ke Mesir, Kuwait dan Qatar.-SM
(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button