Nasional

Dua sistem pengagihan PerantiSiswa diperkenalkan – Fahmi

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital akan memperceopatkan agihan alat bantu pembelajaran bagi mahasiswa yang layak dalam program PerantiSiswa.

Menurut Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil, pengagihan tablet dilakukan melalui dua sesi pengagihan.

“Sebanyak 315,760 atau 86 peranti peranti telah diagihkan kepada penerima PerantiSiswa daripada 366,843 pemohonan yang telah diluluskan setakat 9 Februari 2023.

“Bagi mempercepatkan pengagihan baki 51,083 atau 14% penerima, dua bentuk sesi pengagihan akan dilaksanakan,” kata Fahmi dalam kenyataan hari ini.

Dua kaedah itu merujuk kepada penjadualan pengagihan ke institusi-institusi penerima yang akan disegerakan.


Manakala Pusat Pengagihan PerantiSiswa (PPPs) akan digerakkan serentak di seluruh negara berlangsung pada 17-19 Februari 2023 (Sesi Pertama), 24- 26 Februari 2023 (Sesi Kedua) dan 3-5 Mac 2023 (Sesi Ketiga) di pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi yang ditentukan di setiap negeri.

“Pengagihan secara berpusat memberikan fleksibiliti kepada penerima untuk memilih pusat agihan dan sesi yang bersesuaian tanpa mengira lokaliti insitusi penerima asal.

“Ini bermaksud pelajar yang sedang bercuti, sedang menjalani latihan industri atau apa-apa sebab yang berkaitan dapat mengambil peranti di PPPs yang terdekat pilihan masing-masing,” katanya.

Tambah beliau, pemohon yang telah lulus tetapi belum diagihkan peranti akan menerima notis dan boleh memilih pusat agihan serta sesi yang bersesuaian dengan mengakses akaun platform yang sama semasa permohonan dibuat, di pautan https://perantisiswa.kkd.gov.my bermula 9 Februari 2023. – SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button