Nasional

Helikopter terhempas, kesemua enam anggota PDRM selamat

SEBUAH helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa enam anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) terhempas di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Air Panas, Tawau, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku pada 7.40 malam.

“Terdapat enam anggota daripada Pasukan Gerakan Udara berada di dalam helikopter berkenaan ketika kejadian,” katanya.

Menurutnya, kesemua anggota itu selamat dan hanya seorang cedera.

Sementara itu, Bernama difahamkan helikopter berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Tawau menuju ke Kem Batalion 14 PGA di sini, dan kira-kira seminit sebelum mendarat, helikopter itu hilang kawalan.

Anggota yang cedera difahamkan berpangkat Sarjan. – BERNAMA

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button