Nasional

Kilang, kedai jual arak sepenuhnya tidak dibenarkan – Menteri KPDNHEP

Isu penjualan minuman keras ambil kira keputusan MKN

MENTERI Perdaganan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau mengambil maklum berkenaan isu kekeliruan penjualan arak di antara pasar raya dan ‘convenient store’ atau kedai serbaneka dan kedai khusus menjual arak yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Sebagai Menteri KPDNHEP, beliau turut mengambil kira keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah membenarkan penjualan arak di kedai runcit seperti 7E sekiranya mempunyai lesen. Hanya kilang dan kedai menjual arak sepenuhnya tidak dibenarkan.

“KPDNHEP menyokong keputusan yang telah ditetapkan oleh MKN dan akan memastikan SOP dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat.

“Saya memohon kepada semua pihak agar tidak mensensasikan isu ini dan bersama-sama Kementerian dan Kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia untuk memerangi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak dan rakan-rakan media yang cuba menghubungi dan mendapatkan komen berkenaan isu ini.

“Saya sedang cuti sakit berikutan pembedahan mata yang dijalankan pada hari ini.

“Walau bagaimanapun, saya sudah berpesan kepada Timbalan Menteri dan juga pegawai tertinggi Kementerian untuk sentiasa memberikan penerangan yang jelas kepada masyarakat berhubung sebarang isu berkaitan KPDHNHEP,” kata Alexander dalam kenyataan yang ringkas. – SM

(Visited 616 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button