Nasional

HDK tak campur mogok 8,000 doktor kontrak, gesa dimasukkan dalam jawatankuasa

AMAT tidak sihat apabila ini berlaku dalam negara. Lebih 8,000 doktor kontrak dijangka melancarkan mogok bermula hari ini sehingga Rabu dengan mengambil cuti sakit atau kecemasan.

Mereka membantah apa yang disifatkan sebagai sistem yang tidak adil dan bayaran gaji rendah.

Kumpulan itu juga memberi amaran waktu menunggu lebih lama di klinik kesihatan dan hospital kerajaan sepanjang tiga hari mogok tersebut berlangsung.

Mogok itu tidak membabitkan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Hartal Doktor Kontrak (HDK).

HDK sebaliknya menggesa kerajaan melibatkan mereka dalam jawatankuasa antara Kementerian Kesihatan (KKM) yang ditubuhkan bagi membincangkan isu doktor kontrak.

HDK berharap dengan penubuhan jawatankuasa itu akan mempercepatkan perbincangan dan analisis mengenai situasi yang berlaku.

“Kami menggesa Menteri Kesihatan memasukkan HDK sebagai anggota supaya dapat mewakili doktor kontrak sewajarnya dalam jawatankuasa itu,” kata HDK dalam kenyataannya, hari ini.

Kata HDK, tanpa wakil yang bersesuaian, jawatankuasa itu tidak akan memberi impak yang cukup dalam menyelesaikan isu berbangkit.

Sebaliknya, dakwa kumpulan tersebut, akan menjadi beberapa jawatankuasa yang sama sebelum ini bagi menangani isu berkenaan.

Pada 1 April baru-baru ini, FMT melaporkan, Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa antara kementerian bagi melihat isu berkaitan doktor kontrak.

HDK berkata, langkah seterusnya adalah menubuhkan Suruhanjaya Penjagaan Kesihatan Kebangsaan dalam memantau dan menambahbaik perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Berbalik kepada isu mogok, HDK menafikan sebarang pembabitan dalam mogok selama tiga hari oleh doktor kontrak, bermula hari ini.

Katanya, HDK tidak mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung dalam mogok yang dirancang oleh satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Mogok Doktor Kontrak.

“Walaupun kami tidak terlibat tetapi kami percaya itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian dan kesan mogok itu ditanggung mereka sendiri,” kata HDK.

HDK juga berharap, mogok itu tidak menjejaskan penjagaan pesakit dan perkhidmatan penjagaan kesihatan akan kembali pulih apabila mogok itu berakhir. – SM

BACA Mogok doktor: Ingat sumpah ketika mulakan kerjaya

BACA Tidak ada tindakan terhadap doktor mogok

BACA Mogok Doktor Kontrak : Hospital kerajaan berjaga-jaga

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button