Nasional

Daie Syed bebas daripada dua tuduhan salah laku seksual

MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya hari ini melepas dan membebaskan penceramah selebriti, Daie Syed daripada dua pertuduhan salah laku seksual.

Memetik laporan Utusan Online, pertuduhan tersebut ialah mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta, dua tahun lalu.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Jamaludin Mat bahawa Daie Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada kedua-dua pertuduhan selepas membenarkan permohonan peguamnya Syed Amirul Syed Edros di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Hakim bersetuju dengan penghujahan peguam bela dan memerintahkan wang jaminan RM25,000 dikembalikan.
Sebelum itu Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim meminta supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) di bawah Seksyen 254(2) CPC.
Pihak pendakwaan memaklumkan, mereka mengemukakan permohonan itu selepas mempertimbangkan keadaan-keadaan kes.
Pengadu antara lain mengalami  masalah kemurungan yang serius atas kejadian yang menimpanya sehingga beberapa kali mencederakan diri dan mempunyai keinginan untuk mati (death wishes). – SM
(Visited 391 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button