Parlimen

Tidak ada tindakan terhadap doktor mogok

KERAJAAN tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap doktor kontrak yang terlibat melakukan mogok semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba menjelaskan perkara tersebut pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

“Berkaitan dengan doktor kontrak tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Insya-Allah tiada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka walaupun mereka telah keluar semalam berdemonstrasi,” kata Dr. Adham.

Dr. Adham terpaksa mengulangi jawapan tersebut beberapa kali ketika sesi jawapan selepas ucapan beliau diganggu oleh ahli parlimen pembangkang.

Beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak mendengar jawapan Dr. Adham berkaitan tindakan disiplin terhadap doktor yang menyertai mogok mengulangi soalan terhadap isu yang sama.

Mereka mengulangi pertanyaan yang sama berikutan Dewan Rakyat yang hiruk pikuk dengan suara-suara ahli parlimen pembangkang yang bertanya serentak pelbagai soalan bertalu-talu kepada Dr. Adham ketika Menteri Kesihatan tersebut menjawab soalan.-SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button