NasionalParlimen

Parlimen kecoh: Apa bah punya kerajaan ini, kata Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud diminta keluar Dewan Rakyat

TIDAK berpuas hati dengan jawapan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud (Warisan), Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy beliau terus menjerit dalam Dewan Rakyat, ini soal Sabah, bukan membabitkan negeri-negeri lain di Semenanjung, mendapat teguran daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Isnaraissah yang lantang bersuara dengan nada tinggi turut melontarkan, kerajaan tidak pandai menyelesaikan isu Sabah, mengangkat standing order (buku) sambil menjerit-jerti, “Tuan Speaker, Tuan Speaker”.

“Kota Belud, you sit down atau meminta keluar dewan” kata Speaker.

“Saya tidak mahu duduk,” bentak Ahli Parlimen Kota Belud.

“Saya bagi warning dua,” kata Speaker .

“Hutan pun soal rakyat, soal negara,” jerit Ahli Parlimen lain.

“Tuan speaker ini soal kedaulatan Sabah,” kata Ahi Parlimen Kota Belud, degil.

Akhirnya Kota Belud dibawa keluar dari Dewan Rakyat dan Bentara Dewan Rakyat diminta oleh Speaker mengiringi Ahli Parlimen Kota Belud keluar.

Ahli Parlimen Kota Belud telah menukar keharmonian Dewan Rakyat yang bersidang sejak pukul 10 pagi tadi dengan kekecohan.

Beliau membangkitkan keriuahan dalam Dewan Rakyat dengan isu negeri Sabah walaupun Speaker Dewan Rakyat meminta beliau duduk.

Sekali lagi Parlimen yang bersidang hari ini dipenuhi dengan jeritan dan Kota Belud terus mahu usul yang dibawanya dibahaskan.

Sedangkan usul tersebut boleh diberi jawapan secara bertulis.

Ahli Parlimen Sepanggar (Warisan) juga menjerit dan berdiri membuat kecoh sedangkan Ahli Parlimen yang membawa isu hutan dan kerosakan alam sekitar diperlekehkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Sepanggar dan juga Kota Belud. – SM

(Visited 495 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button