NasionalRencah Hidup

Hati Bengkak Tahan Seksa, Terbaca Surat ‘Cinta’ Netizen Dengan Sindiran – Abang Polis

Tergerak hati mengarang di bulan baik ni. Hati membengkak menahan seksa. Atas bawah kiri kanan depan belakang datang menyerang.

Terbaca surat surat “cinta” netizen. Luahan perasan ketidakpuasan hati mereka disaat saat wabak yg melanda di pertengahan Ramadan yg mulia.

Sindiran-sindiran sinis yang sikit sebanyak menunjukkan keperibadian kalian .

Sindirian :-

POLIS TAK ADA HATI PERUT BAGI KOMPAUN TAK WAJAR KEPADA PIHAK YANG “MENTIMUN”.
POLIS DATANG KIRA SELIPAR TETAMU DI HARI RAYA
MINTA PIHAK POLIS PERIKSA ISI RUMAH KUNUNNYE DIKHUATIRI ADA ORG TUA YG SEDANG UZUR

dan pelbagai lagi sindiran yg tak sedap didengar dan dibaca.

Akak, abang,pakcik makcik, Sekarang, ada arahan isnin hingga jumaat untuk sekian sekian pergerakkan. Manakala jumaat hingga ahad pergerakan di had kan untuk kecemasan, kematian, dan PJJ.

Kamu dtg ke balai untuk minta cop kebenaran. Apabila borang kamu tidak melayakkan kamu untuk diberi kebenaran, kamu merungut.

Cik, sy dh lama xbalik kampung.
Cik , atuk saya sakit
Cik itu..cik ini takkan nak tunggu makpak mati baru nak bagi kebenaran?

Yes, sebelum soalan soalan itu muncul, kami awal awal sedia maklum yg kalian semua ada urusan, ada tanggungjawab untuk mengisi perut anak bni di rumah, tanggungjawab sbg anak, cari rezeki di saat wabak. Kami sangat sangat memahami.

Tapi tahukah kalian, semua tu bukan dari arahan kami. Itu semua kalian rujuk kepada MKN. kami hanya melaksanakan tugas tersebut. Kalau kamu tak puas hati, rujuk kepada MKN.

Kami buat kami salah
Kami tak buat kami salah
Kami ambil tindakan, kami kena
Kami tak ambil tindakan pun kami kena

Lupa dh kalian isu polis “lambai tangan” di roadblock? Kamu komplen Polis tak buat kerja. Tahu ke kamu keadaan berdiri 8-12 jam terpacak dibawah matahari terik? Itu belum part ribut hujan lebat. Kami nk permudahkan urusan kalian. Kalian komplen kami tak buat kerja.

Then arahan untuk periksa setiap buah kereta di jalanraya menyebabkan jlnraya jem teruk, kamu komplen jalan jem. Kamu lambat ke destinasi, salah polis jugak ke??

Andai arahan menyuruh kami kira selipar di rumah kalian, kami akur.
Andai arahan menyuruh kami periksa isi rumah yg sedang uzur, kami akur.
Tapi , orang tua kami dirumah, sape nak datang jenguk? Basuhkan najis mereka? Mandikan mereka? Suapkan makan untuk mereka?

Alahh…polis takpelah, keje gov. Gaji jalan. Nak kemana green light. Wahh..habis bahasa dh ke?

Gais look.
Tahukah kalian, isi hati FRONTLINER?
Tahukah kamu berapa lama kami tak bercuti? Cuti kami beku. Most all the time.
Tahukah kamu bila kali terakhir kami beraya bersama keluarga?
Tahukan kamu bila kali terakhir kami peluk ciu. orang tua kami?

Kamu tak pernah faham dan tak pernah tanya. Kami manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Kami dilahirkan oleh seorang ibu dan diazankan oleh seorang ayah.

Ye, kami ada keluarga. Tapi kerana tugas, kami terpaksa ketepikan seksa rindu itu, demi menjaga keamanan negara. Jangankan nak cuti, nak merentas pun kami mengadap bos dlu.

Bukan suka suka sign borg syok sendiri. Kalian pk kami boleh lepas dgn cara macam tu? Tindakan tatatertib pula yg “menyusur” dibelakang kami.

Kerja dh macam lembu. Semua frontliner merungut penat.penat dan penat. Tp kami give up? Ada kami pergi pejabat tmpat kalian kerja, kami merungut? Tak!! Kami telan walau ia pahit!!

Kerana kudrat ini, keringat ini, adalah doa daripada “malaikat kami” ( ibubapa)

Bila kami luah, akan ada pula ayat paling BANG***.

Jangan jadi polis / frontliner
Sape suruh jadi polis/ frontliner

Wahhh….padu ayat ni. Kamu lupa kot sape yg berjaga siang malam demi kalian? Rumah kena pecah, jiran penagih, anak kena rogol? Anak kena tampar? Lupa ke kat mana tempat kamu mluah perasaan? Minta bantuan?

Itu rezeki kami dalam bidang ni. Kamu bagus sangat, kenapa bekerja di negera ni? Byk komplen merungut. Kamu pindah kt luar negara. Ikut rules sana.

Taip panjang² pun perkara ini akan terus berulang. Luahan ini sekadar perasaan yg sudah lama membengkak dalam hati. Menahan rindu kepada org tua disaat saat wabak.

Allah shj yg maha mengetahui isi hati kami.

#luahananakrantau
#17ramadan
#lencanaintegritididada
#PasalOrangLainIaSusah
#nimn

Kredit : Balai Polis Jitra,kedah

(Visited 631 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button