Nasional
Trending

Bekas Penolong KP Utusan, Abdullah Hassan meninggal dunia

BEKAS Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Abdullah Hassan meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham yang juga pernah menjawat jawatan Pengarang Mingguan Malaysia meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Beliau yang memulakan tugas sebagai wartawan dengan Utusan Malaysia pada tahun 1971 bersara daripada kumpulan akhbar Melayu itu sekitar tahun 2000-an.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Ketua Pengarang Kumpulan.

Berdasarkan maklumat daripada Facebook Keluarga Besar Utusan, arwah menetap di No 28, Jalan SS14/3B, 47500 Subang Jaya.

Al-Fatihah untuk allahyarham dan salam takziah untuk keluarga arwah daripada kami warga Suara Merdeka. – SM

(Visited 477 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button