Nasional

Dua lelaki dipercayai ah long ditahan

DUA lelaki dipercayai ah long ditahan selepas mengugut dan bertindak agresif terhadap seorang warga emas di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mangsa berusia 63 tahun membuat laporan polis kira-kira pukul 4.10 petang.

“Mangsa memberitahu terdapa dua lelaki yang disyaki ah long telah datang ke rumah suspek bagi mengutip hutang anaknya.

“Seorang daripada suspek telah bertindak agresif dengan mengugut untuk membunuh seorang daripada ahli keluarganya jika hutang anaknya tidak diselesaikan pada esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, suspek juga telah bertindak mengambil beberapa barangan peribadi milik anak mangsa seperti telefon bimbit, kad pengenalan mangsa, kad bank, lesen memandu serta duit sebanyak RM60.

Jelasnya, berdasarkan maklumat, pihaknya telah membuat serbuan kira-kira pukul 7.30 malam dan menahan dua suspek berusia 33 dan 36 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru, Puchong.

Tambahnya, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1952. -SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button