Nasional

Tiga laluan ditutup sempena sambutan Hari Malaysia Jumaat ini

Sebanyak tiga laluan akan ditutup sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, di sini Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Chrsitopher Patit berkata, laluan yang akan ditutup hanyalah di Jalan Taman, Jalan Kota dan Jalan Parameswara bermula pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hari sambutan tersebut.

Bagaimanapun menurutnya, laluan utama masuk ke Bandar Hilir iaitu di Jalan Tun Khalil Yaakob tidak akan ditutup kepada semua kenderaan sebaliknya dibuka seperti biasa.

“Seramai 336 pegawai dan anggota akan bertugas sepanjang sambutan berkenaan bagi memastikan majlis sambutan itu berjalan lancar dan kelancaran kawalan trafik.

“Anggota kita akan berada di setiap laluan masuk ke Bandar Hilir serta seluruh kawasan tumpuan pelancong bagi menjamin keselamatan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut Patit berkata, memandangkan sebanyak 20,000 kenderaan dijangka masuk ke Bandar Hilir bagi menyaksikan sambutan tersebut pengunjung dibenarkan meletakkan kenderaan di sekitar Menara Taming Sari, Melaka Raya dan Pahlawan Walk.

Sehubungan itu, beliau turut meminta orang ramai untuk meletakkan kenderaan di Pulau Melaka bagi mengelakkan kekurangan parkir di sekitar kawasan sambutan.

“Bagi mereka yang meletakkan kenderaan di Pulau Melaka, pihak penganjur telah menyediakan perkhidmatan bas Panorama yang akan berulang-alik secara percuma membawa pengunjung ke lokasi sambutan bermula pukul 5.00 petang hingga 1.00 pagi,” ujarnya.

Sehubungan itu Patit menasihatkan orang ramai yang ingin menyaksikan sambutan Hari Malaysia agar datang awal bagi mengelakkan berlaku kesesakan. – SM

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button