EkonomiNasional

RON95 naik satu atau dua sen setiap minggu mulai 2020

MULAI tahun depan harga petrol RON95 akan dinaikkan sebanyak satu atau dua sen setiap minggu. Ia bagi meringankan kos hidup rakyat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) bermula.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, ia akan diapungkan secara berperingkat.

Jelasnya, keputusan itu selain untuk meringankan kos hidup rakyat juga bagi mengelak harga barangan naik secara mendadak.

“Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat, iaitu dua sen atau satu sen seminggu. Sehingga harga RON95 sampai harga pasaran.

“Tetapi untuk Sarawak, kita akan kekalkan harga RON95 iaitu RM2.08,” katanya.

Beliau  berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan).

Rubiah  mahu tahu mekanisme kementerian mengelak harga barang meningkat selepas pelaksanaan PSP.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan, kerajaan tetap meyumbang subsidi petrol walaupun harga RON95 diapungkan bermula 1 Januari 2020 bagi mengurangkan impak perubahan harga kepada rakyat.

Pengarah Bahagian Rasionalisasi Petroleum Kenderaan KPDNHEP Amran Ahmad menjelaskan, setiap kali semakan harga minyak dilakukan, kerajaan akan memastikan ia tidak melebihi 5 sen, dengan kos selebihnya ditanggung melalui subsidi.

Pada 7 Oktober lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pelaksanaan PSP yang akan melibatkan 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berkenderaan.

Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal yang disalurkan dalam bentuk pemindahan tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button