Politik
Trending

Hasil negara meningkat sebab PH jarah Petronas

PENINGKATAN hasil negara ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 meningkat 13.5 peratus berbanding 2018, didakwa tidak disumbang oleh peningkatan ekonomi.

Sebaliknya peningkatan hasil negara sebanyak RM264.4 bilion itu didakwa datang daripada tekanan PH kepada Petronas.

Syarikat Petroliam Nasional Berhad itu dikatakan dipaksa oleh kerajaan ketika itu untuk membayar dividen yang tinggi kepada kerajaan.

Hal tersebut sekali gus menafikan dakwaan PH menjalankan tadbir urus yang baik ketika memerintah negara dengan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Muka surat 16 Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang dalam Parlimen pagi tadi.

“‘Faktor utama peningkatan hasil ialah terimaan dividen daripada syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berjumlah RM54 bilion iaitu lebih tinggi berbanding dividen tahun 2018 yang berjumlah RM26 bilion’.

“Erti kata, faktor utama adalah – Petronas dipaksa bayar lebih dividen.”

Demikian penjelasan yang diberikan Tai Zee How dalam Facebooknya, Ulasan Apek Cina mengenai dakwaan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya kerajaan PH menjalankan tadbir urus yang baik.

Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menerusi Facebook memaklumkan peningkatan hasil negara yang dilaporkan adalah kejayaan PH melakukan tadbir urus baik tanpa GST.

Malah, beliau juga meminta penghargaan diberikan kepada Kementerian Kewangan ketika pentadbirannya kerana memastikan hasil kerajaan dikutip dengan teratur dan telus.

Dalam kenyataan sama, beliau juga meminta kerajaan meminjam lebih banyak wang untuk berbelanja demi membantu rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan Guan Eng itu terus disangkal Zee How yang mendakwa PH ketika memerintah telah menjual aset negara yng dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tadbir harus yang baik agar Rakyat tak payah bayar GST, cuma perlu ikat perut bayar SST, cukai soda, dan lain lain

“Tadbir urus yang baik dengan penjualan aset Negara yang dibina Zaman BN.

“Tadbir urus yang baik dengan memperdayakan rakyat untuk percaya PH akan mansuhkan Tol, Tetapi masih kena bayar.

“Ada Contoh lain tentang tadbir urus yang baik? YB tak mahu cakap tentang hutang negara yang menaik sewaktu zaman PH?” soalnya. – SM

 

(Visited 568 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button