Nasionalpilihan

Guna kematian keluarga kerana Covid-19 sebagai helah kutip derma hingga RM91,000

KALAU dah memang kaki penipu, dengan apa cara sekali pun termasuklah melibatkan kematian keluarga akan digunakan sebagai taktik untuk memperdaya orang ramai.

Itulah yang dilakukan oleh seorang kakitangan kontraktor di Petronas Pengerang yang mengatakan sebanyak 14 keluarganya maut akibat Covid-19 dan mengutip derma hingga mencecah RM91,000.

Lelaki itu didakwa memulakan aktiviti penipuannya sejak bulan Jun lalu.

Segala berita palsu berkenaan disebarkan di media sosial dan telah menarik simpati orang ramai untuk memberikan sumbangan derma ke akaun bank suspek.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, suspek yang berusia 45 tahun itu bagaimanapun telah ditangkap pada semalam.

“Suspek kini dreman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menerusi mesej yang tular sebelum ini, suspek mendakwa hampir seluruh keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19 sedangkan semua berada dalam keadaan yang baik.

Malah, satu majlis bacaan Yasin dan tahlil juga diadakan secara maya dek kerana tertipu dengan helah yang digunakan suspek. -SM

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button