Nasional

Kad khas untuk urusan pembayaran di sekolah – JPN Perlis

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis akan memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai di sekolah dalam pelbagai urusan termasuk di kantin, koperasi, pejabat dan pinjaman buku bermula akhir tahun ini.

Pengarahnya, Naharudeen Othman, berkata pihaknya akan menyasarkan separuh sekolah di negeri tersebut untuk melaksanakan pembayaran tanpa tunai menggunakan kad khas bagi memudahkan semua urusan pembayaran.

“Pelajar daripada keluarga B40 juga dapat menggunakan kad tersebut dan bantuan yang diterima akan disalurkan terus menerusi kad berkenaan” jelasnya.

Sistem berkenaan adalah satu pendekatan amat baik sekali gus mencapai tujuan sumbangan khususnya kepada pelajar golongan B40, jelas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambahnya, sistem ini sekali gus mampu memberi kesan mendalam kepada pelajar serta mendidik mereka dalam memahami pengurusan kewangan. – Bernama – SM


(Visited 28 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button