fbpx
Nasional

SPRM panggil Guan Eng

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai telah memanggil Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk memberi kenyataan berhubung projek terowong bawah laut.

Portal FMT melaporkan, sumber berkata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu difahamkan akan pergi ke Ibu pejabat SPRM hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin di negeri itu telah dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan berkaitan dengan projek tersebut.

BACA> Berbaloi ke gubal perlembagaan Warisan untuk Tun Mahathir?

Pada 3 Julai lalu, SPRM menerusi Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya tidak pernah menutup atau berhenti melakukan siasatan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Kita akui siasatan kes ini berjalan agak perlahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan tetapi kita tidak pernah ada cadangan pun untuk menutup siasatan projek ini.


“Menurut pembentangan pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini, siasatan mereka sudah di peringkat akhir.

BACA> Dr. Mahathir kecewa Guan Eng ubah fikiran

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin kemudian diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam tempoh dua ke tiga minggu,” katanya. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button