Ekonomi

Grab Malaysia perkenal Grab Travel Pass sebagai sokongan kepada MOTAC

Grab Malaysia memperkenal Grab Travel Pass sekali gus menyedia kemudahan dan penjimatan atas segala keperluan pelancongan mereka.

Ini adalah sebahagian usaha berterusan Grab dalam menyokong pemulihan ekonomi negara, terutama ketika kekangan perjalanan telah dilonggarkan dan warga Malaysia mula merancang percutian hujung tahun masing-masing.

Industri pelancongan Malaysia telah mengalami penguncupan ketara akibat pandemik, iaitu penurunan sebanyak 71 peratus sepanjang 2020.

Kemorosotan paling dirasai oleh 3.5 juta warga Malaysia yang berkerjaya di bidang pelancongan, yang turut menyumbang lebih 23 peratus kadar  gunatenaga Malaysia.

Mengulas tentang inisiatif Grab ini, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkongsi pendapat bahawa ia selaras dengan sasaran kementerian untuk menyemarakkan semula ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.


“Kami teruja dengan inisiatif Grab yang menyokong Pelan Pemulihan Pelancongan, yang bertujuan membangunkan semula industri pelancongan domestik. Dengan pelbagai tawaran  dari Grab, kami harap warga Malaysia akan tertarik dan berminat meneroka pelbagai destinasi di negara ini serta dapat menyemarak semula pelancongan domestik.

“Ini akan membantu mereka yang berkecimpung dalam industri pelancongan tempatan untuk bangun semula dalam menjalani kehidupan dengan selesa. Menerusi inisiatif dan kerjasama seperti ini, diharap dapat mengeratkan lagi hubungan supaya kita dapat berganding bahu menangani kemelut yang dihadapi sekarang ini,” kongsi beliau.

Pengarah Operasi Negara Grab Malaysia, Rashid Shukor berkata, teras wawasan Grab ialah sentiasa merangka kaedah baharu bagi memenuhi keperluan warga Malaysia yang kian berubah.

Katanya, mereka turut terangsang bekerjasama dengan rakan yang serupa minda dan tujuan, untuk memajukan lagi cara warga Malaysia merancang perjalanan kembara dan pelancongan ketika era normal baharu.

“Tiada yang terbaik daripada mengemukakan sumber tunggal supaya warga Malaysia dapat mengakses dengan selesa segala urusan untuk memenuhi keperluan percutian mereka. Dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), diharap dapat menyumbang kepada kerancakan semula industri pelancongan tempatan.

“Kami sangat mengalu-alukan setiap inisiatif kerjasama dengan pelbagai pihak demi mempertingkat keselesaan warga Malaysia amnya,” jelas Rashid

Grab Travel Pass boleh diperoleh daripada app Grab.  Ia menyedia penjimatan melebihi RM250 pada harga pengenalan RM4.90 (Harga Biasa: RM9.90).

Pengguna boleh mengakses dengan mudah diskaun perkhidmatan perjalanan meliputi tawaran istimewa tiket penerbangan, kemudahan hotel, pengangkutan dan penghantaran menerusi rakan pelancongan Grab yang berkualiti:

  • Agoda – Potongan 8% bagi tempahan penginapan
  1.  Sah sehingga 10 May 2022.
  2.  Sah untuk penginapan di destinasi seluruh dunia.
  3. Tiada perbelanjaan minimum diperlukan.
  •  Firefly – Potongan RM10 bagi tiket penerbangan
  1. Sah sehingga 31 Januari 2022.
  2. Penerbangan domestik sahaja.
  3. Tiada perbelanjaan minimum diperlukan.
  • Klook – Potongan RM20 bagi tarikan pelancongan
  1. Sah sehingga 31 March 2022.
  2. Aktiviti domestik sahaja.
  3. Perbelanjaan minimum RM250 diperlukan.
  • Malaysia Airlines – Potongan 15% bagi tiket penerbangan
  1. Sah sehingga 21 April 2022.
  2. Penerbangan domestik sahaja.
  3. Tiada perbelanjaan minimum diperlukan..

Untuk maklumat lanjut mengenai Grab Travel Pass yang terbaru beserta diskaun yang
ditawarkan, sila klik DI SINI.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button