Ekonomi

Aroma D’Calysta Perfume jadi tarikan

Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023

SEAKAN-AKAN nampak hebat si pengguna minyak wangi apabila dipuji rakan-rakan kerana semarak aromanya terhidu ketika melintasi dihadapannya. Sudah tentu bermain di fikiran, apakah jenama minyak wangi yang dipakai dengan ‘gangguan’ semerbak bauan berkenaan.

D’Calysta Perfume, minyak wangi semerbak bau dengan harga mampu dimiliki setanding dengan minyak wangi berjenama yang dijual ratusan ringgit kini berada di gerai A18 Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023 di Melaka.

Shakira Mohd. Najib bersama minyak wangi D’Calysta perfume di gerai A18 Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023.

Pemiliknya, Shakira Mohd. Najib berkata, menariknya minyak wangi D’Calysta yang dijual adalah jenama yang digunakan ramai orang tanpa mengira usia kerana aroma baunya setanding minyak wangi berjenama.

Menurutnya, orang ramai yang berkunjung di gerainya boleh mencuba 26 wangian untuk wanita dan 16 untuk kaum lelaki dengan harga serendah RM38 sebotol.

Katanya, sempena menjelang sambutan Aidil Fitri tidak lama lagi, dia menjual dengan harga tawaran iaitu dua botol dijual dengan harga RM70 dan tiga botol pula sebanyak RM100.

“Paling penting D’Calysta Perfume boleh digunakan ketika menunaikan solat kerana minyak wangi ini tidak mengandungi alkohol.

“Sambutan sejak awal Ramadan amat mengalakkan kerana didatangi pengguna setia yang memakai D’Calysta Perfume manakala pelanggan baru juga ramai membeli minyak wangi ini,” ujarnya ketika ditemui di Bazar Fiesta Aidilfitri Pantai Klebang 2023.

Shakira berkata, keistimewaan D’Calysta Perfume kerana ditawarkan dengan harga mampu milik iaitu serendah RM38 sebotol seberat 30ml.

“Dengan membelinya RM38 sebotol, rata-rata pembeli berpuas hati dengan bau original minyak wangi berkenaan yang boleh tahan sehingga 12 jam.

“Malah bukan setakat berpuas hati dengan kualiti dan harga minyak wangi yang saya jual, ada yang membeli lebih sebotol dan pelbagai bau,” katanya.

Shakira berkata, D’Calysta mempunyai 42 koleksi wangian yang boleh dicuba oleh pelanggan yang datang ke gerainya.

Antara wangian buat wanita ialah D’Sexy, D’Bright, D’Bomb, D’Sunset, D’Scandalous, D’Poison, D’LoveU, D’Floral serta D’Sweet manakala wangian buat kaum lelaki pula seperti D’Red, D’Spirit, D’Victus, D’VIP, D’Explorer dan D’Million. – SM

BACA Bermula dari belakang rumah hingga miliki 3 buah kilang pewangi

BACA KPDNHEP rampas minyak wangi tiruan bernilai RM117,435

(Visited 715 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button