Hiburan

Tuntutan nusyuz: Puteri Sarah tidak hadir ke mahkamah

PENGARAH dan aktor Syamsul Yusuf yang memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini, gagal mendapatkan kehadiran defendan.

Sarah tidak hadir atas alasan perlu melunaskan kerja di luar negara.

Pengarah filem Mat Kilau itu bagaimanapun hadir bersama peguamnya, Azmi Mohd Rais bagi menyelesaikan kes nusyuz yang difailkan oleh anak guamnya.

Syamsul memohon orang ramai mendoakan isterinya itu dalam keadaan baik-baik sempena bulan Ramadan ini agar kemelut rumah tangga mereka tidak berlarutan.

“Saya tidak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah, sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

“Kita doakan yang terbaik. Kadang-kadang kita tak tahu yang terbaik untuk kita, mungkin dalam masa yang sama ia tidak baik buat diri kita.

“Allah maha mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa saja di luar sana,” katanya menerusi satu rakaman video.

Biarpun berdepan dengan kemelut rumah tangga, hubungan Syamsul dengan dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Summayyah didakwanya berada dalam keadaan baik.
Malah Puteri Sarah juga tidak menghalang Syamsul yang sudah berkahwin dengan Ira Kazar itu berjumpa dengan ayah kandung mereka.

“Setakat ini, saya dapat berjumpa dengan anak-anak. Puteri Sarah memberi kerjasama baik biarpun memfailkan hadanah atau hak penjagaan.

“Apapun, insya-Allah Puteri Sarah tidak perlu risau. Biarpun bermasalah, saya dan Puteri Sarah bersikap profesional mengenai anak dan memberi kerjasama” jelasnya.

Tambah anak kepada sturadara terkenal dan legenda tanah air, Datuk Yusof Haslam ini lagi, sudah beberapa kali dia bertemu dengan Syaikhul dan Summayya. Cuma tidak dikongsi dalam media sosial.

Syamsul Yusuf berjumpa dengan anak-anaknya

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak timur menetapkan tarikh baharu sebut tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah ditetapkan pada 8 Mei depan.

Untuk rekod, Syamsul memfailkan permohonan itu pada 21 Mac lalu.

Walaupun Puteri Sarah tidak hadir ke mahkamah hari ini, dia diwakili oleh Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button