EkonomiNasionalParlimen

Bajet 2023 tak sehebat mana, banyak isu utama tak disentuh

Integriti penjawat awam di Malaysia buruk

PEMBENTANGAN Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Jumaat lalu mendapat perhatian seluruh Keluarga Malaysia termasuk pemerhati politik dan ahli-ahli politik.

Sehubungan itu, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataannya tampil dengan pandangan beliau.

Belanjawaan 2023 kata Ibrahim Ali, tidak sehebat mana walaupun ia dikira Belanjawan untuk PRU15. Banyak isu isu utama tidak disentuh dan untuk rakyat miskin boleh disifatkan belanjawaan kais pagi makan pagi. Belum tentu cukup makan.

bajet 2023Seperkara penting yang tidak diambil kira dalam pembentangan Belanjawan tahun ini ialah faktor kejatuhan nilai matawang Ringgit dan kadar inflasi yang menghimpit rakyat marhaen di mana mereka sedang bergelut dengan kenaikan kos harga barangan asas .

Belanjawan 2023 berjumlah RM327 bilion dianggap terbesar dalam sejarah. Namun bila diambil kira kejatuhan nilai matawang Ringgit, jumlah itu dalam US$ adalah sama dengan jumlah Bajet untuk tahun 2022 iaitu kira-kira US$90 bilion berdasarkan kadar pertukaran wang US$ ke Ringgit pada Oktober 2021, US1 = RM4.16 (Bajet 2022 ialah RM332 Bilion).

Jika dikira atau analisa secara terperinci, Belanjawan 2023 sama dengan Belanjawan 2022 iaitu US 80 billion. Dalam Ringgit Malaysia dikira naik kerana kejatuhan nilai ringgit yang amat teruk dan terburuk sejak 25 tahun yang lalu.

Oleh itu, semua kenaikan kadar bantuan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan lain-lain tidaklah banyak membantu apabila diambil kira kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh kelompok B40.

Manfaat yang diagih-agihkan kepada rakyat tidak berlandaskan asas keperluan atau “need-base”. Misalnya, semua murid sekolah bakal mendapat Bantuan Awal Persekolahan tanpa mengira sama-ada ibu bapa mereka miskin atau kaya.

Apalah nilai RM150 kepada seorang murid yang dihantar ke sekolah oleh pemandu dalam kereta mewah berhawa dingin, berbanding murid miskin yang terpaksa berjalan kaki berkilometer atau menaiki bas khas? Peruntukan bahagian bantuan yang diberikan kepada murid anak orang kaya sepatutnya diagih kepada murid miskin yang lebih memerlukan.

Skim istimewa disediakan kepada peminjam untuk membayar balik hutang PTPTN. Malangnya, Bumiputra yang mengambil pinjaman MARA tidak pula disebut apa-apa keistimewaan dalam pembentangan Belanjawan tahun ini.

Dalam Belanjawan yang dibentangkan Jumaat lalu, peruntukan besar diberikan kepada Perkhidmatan Awam. Perlu disedari bahawa mereka lah pihak yang bertanggung jawab untuk menentukan perlaksanaan dasar tersebut berjalan dengan baik.

Selalu nya penyelewengan dan ketirisan berlaku di peringkat perlaksanaan yang di urus oleh penjawat awan. Malah orang politik dalam kerajaan tidak bolih sakau apa-apa tanpa kerjasama penjawat awam yang menjadi tali barut.

Kegagalan dalam perlaksanaan adalah berpunca daripada kelemahan dan ketidak tegasan di pihak kakitangan awam. Penjawat awam di Malaysia boleh dikatakan integritinya paling buruk. Sudah banyak bukti.

Saya berharap bermula dari sekarang pemantauan yang lebih kemas tersusun perlu diberikan terhadap peroses perlaksanaan.

Sudah tiba masanya diwujudkan Ajensi Awam yang dianggotai orang awam dari berbagai lapisan diiktiraf dan dibiayai oleh kerajaan untuk memantau penjawat awam termasuk ajensi SPRM, Polis, Kastam, JPJ, Jabatan Pendaftaran, Imigresen, Maritim, semua kementerian termasuk Pertahanan.

Rasuah di Malaysia ibarat Kanser tahap 4. Menteri Kewangan dalam pembentangan belanjawan, langsung tidak menyentuh mengenai rasuah dan langkah-langkah untuk memperkasakan integriti kakitangan kerajaan dan menyekat penyalahgunaan kuasa oleh orang politik dalam kerajaan .

Jika banyak projek untuk pembangunan dalam belanjawan, akan ada anugerah projek kepada kroni kroni dikalangan parti politik yg berkuasa. Maka kos projek akan jauh melebihi kos sebenarnya. – SM

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button