NasionalNegeri

Golongan muda sertai Askar Wataniah boleh diserap jawatan tetap- Raja Muda

RAJA Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan anak muda yang menyertai angkatan sukarela Tentera Darat Malaysia bukan sahaja memperoleh pendapatan sampingan malah dapat menyalurkan tenaga sumber manusia untuk dipertugaskan sepenuh masa.

Baginda bertitah, mereka juga berpeluang untuk diserap ke angkatan tetap berdasarkan kepada kelayakan akademik minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah sempena majlis Penutupan Kursus Repalman Kelas 2 Siri 2/2023, Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Wataniah di Dataran Semarak, Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Raja Muda bertitah, Askar Wataniah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu ganti angkatan tetap untuk mempertahankan kepentingan strategik negara di masa darurat dan perang.

“Rejimen ini juga ditugaskan membantu dalam operasi keselamatan dengan pihak berkuasa awam semasa kecemasan dan bencana alam,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan majlis Penutupan Kursus Repalman Kelas 2 Siri 2/2023, Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Wataniah di Dataran Semarak, Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Komander rejimen yang berslogankan ‘Latih Untul Perang’ tersebut, Leftenan Kolonel Lasahi Laiji.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan salah seorang peserta semasa majlis Penutupan Kursus Repalman Kelas 2 Siri 2/2023, Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Wataniah di Dataran Semarak, Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Seramai 59 penuntut telah berjaya menamatkan kursus bagi melatih keupayaan fizikal dan mental agar kompetan bagi membentuk anggota yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan serta peranan seabgai seorang anggota repal.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan pengurniaan anugerah-anugerah kepada Penuntut Jasmani Terbaik, Prebet Mohamad Yazid Yahaya, Penuntut Ketabahan Terbaik, Prebet Donny Ak Tunderbirds dan Penuntut Menembak Terbaik kepada Prebet Muhammad Nurnajimi Mohd Najib.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar sempena majlis Penutupan Kursus Repalman Kelas 2 Siri 2/2023, Tentera Darat Malaysia, Rejimen Askar Wataniah di Dataran Semarak, Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Manakala Penuntut Kawad Terbaik pula, Prebet Muhammad Zikry Hamdi Saiful Malik, Penuntut Akademik Terbiak, Prebet Nur Maisarah Mohd Nazeri dan Penuntut Keseluruhan Terbaik, Prebet Mohd Nabil Idraki Izzat Majeni. – SM

BACA Rejimen Askar Wataniah wajar diletakkan status siap siaga – Raja Muda Perlis

BACA Askar Wataniah Bukit Keteri ke demonstrasi Latihan Kuasa Tembakan

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button