Nasional

Langgar PKP: 440 dikompaun, 69 direman semalam

POLIS Diraja Malaysia telah PDRM telah menahan 515 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu seramai 440 individu telah dikompaun, 69 individu pula direman dan 6 individu telah dijamin.

Kesalahan yang paling banyak didenda adalah aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal sebanyak 252 diikuti aktiviti di dalam pub dan kelab malam seramai 205 orang.

Selain itu gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (18), tidak memakai pelitup muka (17), , gagal mematuhi arahan kuarantin (2), premis beroperasi lebih masa (10), premis tanpa lesen (2), aktiviti perjudian (7) dan gagal lunaskan bayaran kompaun (2).

Menurut Ismail Sabri, operasi melibatkan 4,929 pasukan pematuhan dengan 16,863 anggota. Mereka telah membuat pemantauan di 4,134 pasar raya, 5,083 restoran serta 1,370 penjaja, 1,651 kilang, 3,780 bank dan 853 pejabat kerajaan.

Juga dipantau ei 1,074 terminal pengangkutan darat, 237 terminal pengangkutan air serta 104 terminal pengangkutan udara.

Sementara itu Polis Diraja Malaysia juga telah mengambil tindakan terhadap seorang individu semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard kuarantin di rumah seperti yang telah ditetapkan.

Sejak 24 Julai sehingga semalam seramai 15,980 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA).

Daripada jumlah itu, seramai 7,466 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 55 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 8,459 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.-SM

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button