fbpx
Nasional

Pasang Jalur Gemilang terbalik: KDEB Waste Management mohon maaf

KDEB Waste Management Sdn. Bhd. memohon maaf ekoran kejadian pemasangan Jalur Gemilang terbalik pada lorinya yang tular.

Dalam kenyataan permohonan maaf yang disiarkan di facebooknya, KDEB Waste Management berkata, kejadian itu tidak disengajakan.

Tindakan lanjut juga akan diambil terhadap pemandu dan subkontraktor terbabit.

“KDEB Waste Management dengan rendah hati dengan rendah hati memohon maaf atas insiden ini.

“Tindakan lanjut akan diambil terhadap pemandu dan kru subkontraktor yang terlibat atas kecuaian mereka yang tidak cermat ketika memasang bendera negara kita.


“Semua warga kerja dan subkontraktor KDEB Waste Management akan sentiasa menjunjung tinggi dan menghormati bendera negara kita dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perilaku yang tidak sepatutnya,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir.

Sebelum itu sudah tular di media sosial video memaparkan seorang individu menegur pemandu lori KDEB Waste Management apabila didapati bendera yang dipasang di hadapan lori itu terbalik.

Pemandu terbabit memberi alasan bendera itu tersalah pasang oleh pekerja warga Bangladesh.- SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button