MahkamahNasional

Pemandu lori rempuh penunggang motosikal direman

Dua mangsa berteduh bawah jambatan kerana hujan lebat

MAHKAMAH Majistret Sungai Petani, Kedah membenarkan permohonan reman ke atas seorang pemandu lori yang dipercayai merempuh dua penunggang motosikal sehingga maut.

Perintah reman tiga hari bermula hari ini susulan kejadian yang berlaku di bawah jejambat di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, Gurun, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan majistret Nurul Ainna Ahmad terhadap suspek berusia 28 tahun bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut laporan Harian Metro, suspek yang berbaju-T dan berseluar hitam tiba di Kompleks Mahkamah Sungai Petani dalam keadaan tangan bergari pada pukul 10.10 pagi tadi dengan diiringi anggota polis.

Suspek menundukkan kepalanya dan mengelak wajahnya dirakam petugas media yang menunggu di luar mahkamah.

Semalam pada pukul 2.40 petang, dua penunggang motosikal dilaporkan maut selepas dirempuh lori yang dipandu suspek.

Dua mangsa ketika itu sedang berteduh di bawah jejambat bersama beberapa penunggang motosikal lain kerana hujan lebat.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Amirul Ismail, 28, dan Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31. – SM

 

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button