Auto Travel

PETRONAS AutoExpert hargai jasa petugas barisan hadapan dengan diskaun pakej 40% sehingga akhir tahun ini

PETRONAS AutoExpert, pusat servis automotive yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd (PLMMSB) meneruskan kempen promosi penukaran minyak enjin dan servis kereta, dengan menawarkan diskaun sehingga 40% (tertakluk pada terma dan syarat) bagi beberapa pakej penukaran minyak enjin PETRONAS Syntium termasuk sintetik penuh dan semi
sintetik berserta mineral. Kempen ini bermula sekarang hingga akhir tahun.

Kempen ini khusus untuk kakitangan dan petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah bertungkus-lumus mengawal wabak penularan COVID-19, terutamanya bagi yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB Hardeep Singh berkata, “Kempen kami pada tahun lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan, dan kami dimaklumkan bahawa ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta melancarkan perjalanan mereka ke tempat kerja tanpa sebarang masalah. Sehubungan itu, bagi memastikan lebih ramai petugas barisan hadapan mendapat manfaat daripada kempen ini, kami telah menambah beberapa pusat servis lain di kawasan strategik sekitar Wangsa Maju, Bandar Puchong Jaya dan Bandar Baru Bangi,”

Untuk menyertai program ini, petugas barisan hadapan disarankan untuk membuat
tempahan di cawangan PETRONAS AutoExpert yang berikut :-

PETRONAS AutoExpert Shah Alam
No 43, Jalan 15/23, Seksyen 15,
Tiong Nam Industrial Park,
40200 Shah Alam, SELANGOR
Tel : 011-1148 5141
Map : https://g.page/AutohausKLShahAlam?share.

PETRONAS AutoExpert Seri Kembangan
No 1, Jalan BPP 5/2,
Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, SELANGOR
Tel : 011-1177 1767
Map : https://g.page/ahklsk2?share

PETRONAS AutoExpert Sri Manja
No 1, Jalan Sri Manja 12,
Taman Sri Manja,
46000 Petaling Jaya, SELANGOR
Tel : 016-318 3155
Map : https://g.page/autohausklpj?share

PETRONAS AutoExpert Sri Batu Caves
No 20, Jalan SBC5,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves, SELANGOR
Tel : 012-249 5955
Map : https://goo.gl/maps/vFEh4AWhX328RyFLA

PETRONAS AutoExpert Semenyih
No 4G, 6G & 8G, Jalan 5/11,
Bandar Rinching,
43500 Semenyih, SELANGOR
Tel : 012-319 5955
Map : https://goo.gl/maps/wUwPjR2DoLiftB9D8

PETRONAS AutoExpert Kajang
No 23G, Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, SELANGOR
Tel : 012-329 5955
Map : https://goo.gl/maps/bfN5J9Uy2cQiVTnD6

PETRONAS AutoExpert Bandar Bukit Raja
No 7-1A, Persiaran Astana,
Bandar Bukit Raja,
41050 Klang, SELANGOR
Tel : 012-239 5955
Map : https://goo.gl/maps/ux4doJMeT8Btr6QS9

PETRONAS AutoExpert Puchong
Jalan Layang-Layang 1,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong, SELANGOR
Tel : 017-321 5585
Map : https://goo.gl/maps/8hHTHnRTsY1AtDr67

PETRONAS AutoExpert Wangsa Maju
95, Jalan Wangsa Delima 5,
Wangsa Maju, Seksyen 5,
53300, KUALA LUMPUR
Tel : 010-655 6151
Map : https://g.page/AHKLWM2?shares

PETRONAS AutoExpert Bandar Baru Bangi
No. 7, Jalan 9/6,
Taman IKS, Seksyen 9,
43650, Bandar Baru Bangi,
SELANGOR
Tel : 018-664 8087
Map : https://goo.gl/maps/Y9epreUB7MXRGo5J8

Kredit : EnjinDot.Com

 

(Visited 473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button