Nasional

UPSI jalin kerjasama antarabangsa dengan 32 universiti

PUSAT Pedagogi, Penyelidikan dan Inovasi (CPRI), dan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar sejarah apabila berjaya menandatangani 32 Surat Niat (Letter of Intend-LoI) dengan organisasi pendidikan dan komersial antarabangsa.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata usaha proaktif itu adalah satu kejayaan yang baik dalam meluaskan jaringan antarabangsa dan kepakaran UPSI khususnya dalam bidang pendidikan.

Wakil CPRI, FPM dari UPSI yang menandatangan LoI bersama 32 Universiti dari Indonesia.

“UPSI memiliki kepakaran dalam bidang pendidikan, malah mempunyai pelbagai kemudahan untuk mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan graduan pendidikan yang dilahirkan setiap tahun,” katanya.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Pedagogi (CPRI),Prof Dr Nordin Mamat berkata majlis menandatangani Surat Niat ini berlangsung di UPSI dengan kehadiran delegasi-delegasi daripada Komuniti Akademi Indonesia untuk menyempurnakan majlis tersebut.

Sebanyak 32 LoI telah ditandatangan bersama kedua-dua pihak.

Katanya, Surat Niat itu akan menguatkan lagi kerjasama dan jalinan hubungan bagi semua pihak, malah akan mewujudkan kerjasama dalam beberapa bidang kepentingan bersama yang bereputasi melalui perkongsian yang saling menguntungkan.

“Selain itu kerjasama itu dapat mengangkat pelbagai suara dan isu yang diketengahkan oleh sarjana dan pendidik dalam komunikasi transnasional dan antara disiplin untuk semua peringkat khususnya dalam pendidikan tinggi ketika dunia pendidikan menghadapi cabaran dan peluang baharu,” katanya.

Beliau berkata perkara itu juga selaras dengan globalisasi dan kemajuan teknologi yang membuka ruang untuk pembentukan semula pendidikan.

“Begitu juga apabila sempadan disiplin menjadi kabur dan komunikasi berkembang dengan pesat, maka dengan kerjasama ini dapat mengembeling sarjana terutamanya dari negara luar untuk berkongsi kepakaran, penyelidikan, pengalaman dan aktiviti yang signifikan dalam dunia pendidikan.

Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, Prof. Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim berkata seminar yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Za’ba FPM itu diadakan dengan kerjasama Komuniti Akademi Indonesia antaranya Universitas Malikussaleh, Sekolah Tinggi Manajemen IMMI (STIMA IMMI) Jakarta, Sekolah Tingga Agama islam (STAI) Nida El-Adabi Parungpanjang Bogor, Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Langsa; Stikes Intan Martapura, STAI Miftahul ‘Ula Nganjuk, Politeknik Negeri Sriwijaya dan juga Universiti Normal Philippines itu bertemakan ”Transformative Education for a Global Civil Society: Multidisciplinary Perspectives”.

Katanya, seminar bertujuan mewujudkan komunikasi bersama tentang pendidikan, terutamanya dasar, amalan, dan penyelidikan pengajaran, dalam kalangan sarjana merentasi disiplin akademik dan merentasi sempadan negara dan budaya.

Pengucap Utama pada seminar itu ialah Prof Dr Nordin Mamat dari UPSI, Prof Dr Herman Fitrha dari Universitas Malikussaleh, Aceh dan Prof. Madya Dr. Melissa T. Bartolome dari Universiti Normal Filipina.

Hasil utama yang diputuskan dalam seminar itu, katanya, antara lain semua pihak perlu bekerjasama menyelesaikan keperluan komuniti pendidik dan menghargai akses, ekuiti, dan interaksi merentas sempadan dalam komunikasi pendidikan.

Kenangan wakil UPSI bersama delegasi dari pelbagai universiti Indonesia.

“Seminar ini memberikan satu lagi nilai tambah kepada semua ke arah memartabat dan memperkasakan pendidikan nasional dan global,” katanya.

Kemudian majlis tersebut disusuli dengan Seminar Kerjasama Antarabangsa yang diadakan di Kampus Sultan Azlan Shah. -SM

BACA Ucapan Naib Canselor UPSI sempena konvokesyen tular 366k di media sosial

BACA KIESTA 2023 UPSI medan kakitangan tonjol bakat

 

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button