Berita

Hanya B40, M40 terima subsidi haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan Bantuan Kewangan Haji (Hafis) bagi ibadah haji tahun ini hanya diperuntukkan kepada jemaah muassasah dalam kumpulan B40 dan M40 yang pertama kali menunaikan haji.

Bagi kumpulan jemaah muassasah T20 iaitu mereka yang berpendapatan melebihi RM15,000 sebulan (individu) dikenakan bayaran penuh kos menunaikan haji.

Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah meningkat kepada RM30,850 tahun ini berbanding RM28,623 tahun lalu.

Baca:

Kuota haji Malaysia kembali kepada 31,600 jemaah

Menurutnya, peningkatan itu menjadikan kadar bayaran haji untuk jemaah B40 adalah sebanyak RM11,989 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas.

“Namun kerajaan akan menanggung kenaikan tersebut dan jemaah haji B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lepas.

“TH memberi Hafis sebanyak 48 peratus kepada jemaah kumpulan M40, jadi mereka perlu membayar kadar haji sebanyak RM15,980.

“Bagi rayuan haji di luar giliran terpilih secara muassasah, mereka juga perlu membayar kos penuh kecuali jemaah terpilih bagi rayuan mahram atau pembantu jemaah lanjut usia (bayar kadar ikut kategori ditetapkan),” katanya pada sidang media di sini, pada Isnin. – SinarSM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button