Ekonomi

Malaysian Genomics wujud kerjasama dengan Toticell

PETALING JAYA 15 Mei – Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, hari ini mengumumkan kerjasama strategik (SCA) dengan Toticell Berhad (Toticell) untuk pengedaran produk Kumpulan di Bangladesh.

Toticell, yang berpangkalan di Dhaka, Bangladesh, merupakan pakar dalam penjagaan kesihatan regeneratif yang memfokuskan kepada rawatan penjagaan muskuloskeletal seperti arthritis, kecederaan berkaitan sukan dan tendinopati.

Di bawah SCA itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam pengedaran produk kosmetik Malaysian Genomics, ujian saringan genetik, perkhidmatan terapi sel T CAR, dan bidang lain yang mempunyai kepentingan komersial bersama.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Genomics Sasha berkata, Bangladesh mewakili pasaran dan peluang yang sangat luas memandangkan populasinya kira-kira 165 juta orang.

“Ekonomi Bangladesh merupakan kedua terbesar di Asia Selatan, berkembang pesat ia dan diakui oleh Goldman Sachs Inc. sebagai salah satu Next Eleven, bersama-sama dengan ekonomi BRICS untuk potensi. Malaysian Genomics gembira dapat bekerjasama dengan Toticell untuk membawa produk dan perkhidmatan kami ke Bangladesh,” katanya di sini hari ini.

Manakala Pengarah Urusan Toticell Mohammad Faizur Rahman berkata, pihaknya komited untuk menawarkan yang terbaik dalam perubatan regeneratif dan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Bangladesh.

“SCA ini akan membolehkan kedua-dua pihak meneroka bagaimana boleh memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan kami untuk membawa rangkaian produk dan perkhidmatan ke negara yang boleh meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan regeneratif kami. Kami mengharapkan hubungan kerja yang lebih mendalam dengan Genomics Malaysia.” ujarnya.

Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics Azri Azerai berkata, kerjasama dengan Toticell ini selaras dengan pelan pengembangan strategik Malaysian Genomics yang merangkumi kepelbagaian secara geografi dan global.

Pada April lepas, MGRC mengumumkan bahawa Kumpulan telah mencapai kemajuan dalam mewujudkan perkongsian berikutan pemeteraian SCA dengan beberapa pihak Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu American Spine Centre (ASC) pakar yang berpangkalan di Dubai, UAE, dalam kecederaan tulang belakang dan patologi tulang belakang; BALSAM Health Services (Balsam) penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berpangkalan di Dubai, UAE; Wellness by Design FZ LLC (Wellness by Design), pakar pemakanan, obesiti dan penurunan berat badan Dubai, UAE, dan Sharjah, IAC International LLC (IAC) yang berpangkalan di UAE, yang menyelaras dan membangunkan perkongsian.

MGRC juga baru-baru ini melantik Encik Aswath Ramakrishnan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharunya. Beliau adalah seorang peguam yang berpengalaman yang terlibat dalam litigasi komersial, perkapalan dan maritim, fitnah, litigasi korporat dan insolvensi, pemulihan aset dan hutang, litigasi harta intelek, timbang tara dan pertikaian rentas sempadan.

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button