AgamaNasional

Kuota haji Malaysia kembali kepada 31,600 jemaah

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar berkata, kuota jemaah haji Malaysia tahun ini dikembalikan seperti sebelum pandemik Covid-19 iaitu 31,600 berbanding 14,306 jemaah tahun lalu.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq Fawzan Al-Rabia.

“Sehubungan dengan itu, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan kuota haji Malaysia yang diterima daripada kerajaan Arab Saudi adalah sebanyak 31,600 orang untuk tahun 1444H/2023M.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, Tawfiq memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

“Saya telah memberikan penegasan bahawa TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya. – SM

 

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button