Nasional

Gajah liar pijak warga emas sehingga maut

Seekor gajah liar dipercayai memijak seorang wanita warga emas hingga mati di Jalan Merotai-Kalabakan, Dumpas, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Samsiah Arshad, 67, dan suaminya, Tahir Salleh, menuju ke Kongsi 4 ladang kelapa sawit Cenderamata menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini untuk melawat cucu mereka.

Tahir, 60-an, tidak cedera. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau Primus Lambut berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar yang mengamuk di Dumpas.

Tambahnya, ia bukan gajah bunting sama yang dilaporkan menceroboh bandar Merotai sebelum ini.


(Visited 48 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button