Nasional

Gagal hubungi kekasih, lelaki cuba bunuh diri

SEORANG lelaki cuba membunuh diri dengan berada di bumbung tingkat 18 sebuah apartmen di Taman TTDI, awal pagi tadi.

Lelaki berusia 27 tahun itu disyaki cuba bunuh diri hanya kerana gagal menghubungi kekasihnya.

Lelaki tersebut dikatakan sempat memaklumkan kepada rakannya di Pulau Pinang berhubung tindakannya itu.

Memetik laporan Kosmo!, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, lapan anggota termasuk pengawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Tambahnya, bomba tiba lima minit kemudian terus melakukan operasi pujukan dan menyelamat selain memasang tilam angin di bawah apartmen itu.


“Berdasarkan maklumat, lelaki itu bertindak sedemikian ekoran gagal menghubungi kekasihnya.

“Dia juga dikatakan baru bercerai dengan isterinya pada November tahun lalu selain pernah juga cuba membunuh diri di Pulau Pinang,” katanya.

Norazam berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu mempunyai masalah tekanan perasaan.

Jelasnya lagi, operasi memujuk mengambil masa hampir empat jam itu turut dibantu adik dan bekas isterinya.

Tambahnya, lelaki itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button