Nasional

Lelaki simpan 13,058 pil ekstasi dalam Mercedez Benz

SEORANG lelaki berusia 43 tahun ditahan selepas polis menemukan sebanyak 13,053 pil ekstasi yang disembunyikan dalam sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz pada Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, kesemua pil itu bernilai RM235,044.

“Kita percaya yang suspek menyorokkan pil tersebut untuk dijual kepada pengedar dan penagih dadah.

“Suspek yang membawa kita ke sebuah rumah di Jalan Ipoh dan menunjukkan lokasi pil ekstasi seberat 4.3 kilogram itu disorok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek juga didapati positif dadah jenis syabu.

Jelasnya, jumlah dadah yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada 13,000 penagih dadah.

Tambahnya, suspek kini ditahan reman sehingga 29 Disember depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button