fbpx
Nasional

Pantai Timur Sabah selamat, terkawal

KAWASAN Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) selamat dan terkawal, kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom),  Datuk Ahmad Fuad Othman.
Beliau berkata, ESSCom yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan sentiasa siap siaga dan giat melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan di kawasan itu dapat dikekalkan.
Katanya rondaan dan pemeriksaan di kawasan khas termasuk langkah ‘menunjukkan kehadiran’ turut dilaksana bagi menghalang kumpulan pengganas atau penjenayah rentas sempadan memasuki perairan negara untuk melakukan jenayah penculikan.
“Ia tidaklah seperti yang disangka, (dakwaan) yang mengatakan bahawa kawasan pantai timur ini tidak selamat. Sebenarnya (ia adalah) selamat dan terkawal,” kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Ibu Pejabat ESSCom di sini baru-baru ini.
Bagi  insiden culik untuk mendapatkan wang tebusan, Ahmad Fuad berkata, hanya 10 kes direkodkan dalam tempoh 10 tahun lepas iaitu purata satu kes culik setahun.
Perintah berkurung ESSZone, yang berkuat kuasa dari 6 petang hingga 6 pagi, merangkumi perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.-SM

Show More

Related Articles

Back to top button